Tuesday, October 28, 2008

Adila...

Assalamualaikum...Pagi ini mungkin Anis terlalu awalkan? Anis dapat guna komputer ni sebelum mama Anis guna. Anis suka berkawan sampai Anis taknak tinggalkan skolah Anis. Tahun depan Anis nak pindah skolah SK Ampangan. Kawan Anis cakap 'Tak bestlaa kalu awk takde...'
Anis pun tak suka kerana terlepas pluang nak jdi pengawas...hehehe
(Anis ni terukkan)

Apa-apapun, memang idaman Anis nak jadi pengawas ataupun ketua kelas. Anis memang sayang Adila tapi kadang2 dia melampaui batas. Dia berkawan demi mendapat harta orang itu tapi Anis masih sayangkan dia...Kalau nak ceritakan tentang kawan baik, tinggalkan komen.

Perangai

Assalamualaikum...Terkejut tak?Anis sengaja tulis 2 kali sehari kerana Anis tak pernah dapat guna komputer dekat 4 jam. Anis nak kongsi cerita tentang perangai teruk budak kat sekolah Anis ni...

Macam mana nak bagitau, Anis pun taktau. Dia semacam aje dengan Anis sampai ada budak cakap kita dengan budak tu bercinta. Macam nak tampar saja perempuan tu tapi mengenangkan dia yang perangainya lagi teruk dari Anis. Dulu, dia nak panggil seorang lelaki. Punyalah sentimental, dia panggil laki tu Abang Nas. Nama lelaki tu Nasrullah As-Sidiq. Perangai laki tu, lagi teruk daripada budak laki yang dikatakan bercinta dengan aku... Nak diceritakan lagi, akhirnya hubungan perempuan tu dengan Nasrullah putus. Mereka tak pernah bercakap kerana perempuan tu sibuk melayan tugas pengawas percubaan dan penolong ketua kelas. Sebenarnya, Anis ni pengawas percubaan...
Apa-apapun, kelakar tak cerita ni? Menuduh orang, dia yang kena...

Cuti Sekolah

Kak Anis tu hanya gurauan. Kita 8 tahun aje. Anis harap awak semua akan bercuti dengan gembira. Anis nak ceritakan tentang kawan-kawan Anis macam:-

Hazrina
Jamilatul Husna
Khairunnisa
Kak Yaya(Kakak Angkatku)
Kak Nana(Kakak Angkatku)
Abida Adila
Putri Tsya
Misha Barra
Fatin Najwa
Farhan Najwa
Noor Lynda
Sayang Adawiyah
DAN RAMAI LAGI SAHABATKU

p/s: sedikit daripada list kawan-kawan Anis tu kawan Aku Mahu Chit Chat.

Friday, October 24, 2008

Selamat Hari Deepavali dan Karya Pertama

Assalamualaikum, maaf kerana dah lama tak masukkan blog. Blog kali ini untuk Kak Anis mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua individu India yang membaca blog Kak Anis. Kak Anis rasa, kita berkawan tak kira agama asalkan perangai baik. Kak Anis memang berharap, satu hari nanti Malaysia akan terkenal dengan sifat peramah warganya. Kak Anis mahu menulis buku bersiri Impiana tidak lama lagi. Setelah tamat menulis 10 Siri Impiana, Kak Anis akan membuat Buku Tahunan Rasa Sentosa. Dalam tahun 2009, Kak Anis akan mula membuat Siri Impiana. Kak Anis harap kalian semua sabar menunggu karya pertama Kak Anis.

Tuesday, October 21, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum. Ini ialah Tiara~4ever, blog Kak Anis yang kedua. Ini ialah episod pertama iaitu episod pengenalan. Blog pertama Kak Anis ialah My Rainbow Blogspot http://anisrainbowgirl.blogspot.com.

Kak Anis dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar. Tetapi, selepas itu Kak Anis tinggal di Sarawak, tempat kelahiran ayah Kak Anis. Selepas semua adik-adik Kak Anis dilahirkan, Kak Anis berpindah ke Negeri Sembilan balik. Sekarang, Kak Anis sedang memikirkan cara untuk berjaya dalam kehidupan Kak Anis.

Itu sajalah buat episod pertama ini. Tunggulah episod raya yang akan dikeluarkan secepat mungkin.