Sunday, December 14, 2008

pulau pangkor

Hello everybody. Sebenarnya, anis and family dah cancel nak pgi kalumpang resort pada hari jumaat selepas anis baru aje tulis entri tu. Anis pun nak kata sorry because anis ter'double'kan entri sorry lama tak masuk tu yer. Sebenarnya, pada hari sabtu yang lepas anis and family telah pergi ke pulau pangkor. We all tlah mnyewa kreta honda iswara yang berbau hanyir ikan(uwekkk...terukkan). Best btul ronda satu pulau. Pastu anis pun ada singgah di kota belanda pulau pangkor dan batu bersurat pulau pangkor. Mungkin kalau ada rezki, dlm blog yang akan dtang anis akan tunjukkan picture anis and sisters with the long history. And, nanti in the entri pun anis akan tulis sejarah dia bersama setiap gambar, ya? Till here only, my dear girls. Nantikan entri sejarah yang akan datang ya? Anis juga nk beritahu, mungkin anis akan memperbesarkan klab anis tapi jnis klabnyer sudah tukar menjadi klab colourful ceria, tau. Siapa nk masuk jgn ragu2 bagitau anis ya? Anis mungkin buatkan web untuk klab bru yang anis nak buat tu. Tataaaaa!!!!

Thursday, December 11, 2008

sorry lamer x masuk

Hai sume. Sorry anis dah lamer x msukan entri baru, yer? anis baru baik demam. kalau ada yang tertunggu2 entri anis, lagi sekali anis minta maaf. anis nak pegi kalumpang resort besok dengan jiran2 anis. kat situ ada chalet dan air terjun. anis mungkin jarang on9 cuti skolah ni, ya? anis nak tanya, korang suka tak gambar yang anis ltak dlam entri yang lepas? itu jelah. tata and bubye...

Sunday, November 30, 2008

Gambar

Assalamualaikum. Inilah gambar adik-beradik Anis. Yang kecil sekali
nama dia Aufa Adnin. Yang berambut kerinting namanya Iman Najwa.

Saturday, November 29, 2008

recomend

Good morning. Anis dah lama tak update blog kan? Siapa tengok iklan
Cheetah Girls 3: One World ataupun High School Musical 3: Senior Year? Cerita HSM3 Anis dah tengok. Cheetah Girls 3 pula cerita dia malam ini, 7:30 malam. To my dear friends,I recomended you to watch this movie. Okay sampai sini sahaja. Tataaaa!!!!!

Thursday, November 20, 2008

Digimon

Siapa kat sini tngok Digimon? Anis dh tngok dan hari ni episod ke-3.
Patutnya cerita ini dah habis tapi sebaik saja habis, dia mula episod pertama balik. Anis pun tngok citer ni apabila kawan rekomen kalau tidak, mahunya dibebel adik Anis tngok citer ntah apa2. Adik Anis pun smemangnya suka sngat tngok citer tu jadi bila Anis muncul jer, dia pegang remote kuat2. Mahu Anis tergelak kuat2.

Korang nk tngok gambar Anis dan adik2, gambar family Anis dan gambar
nenek serta sedara Anis? Secepatnya Anis akan bagi pada bulan depan, okey?

Salam bahagia,
Anis

Monday, November 17, 2008

Declare

Assalamualaikum...Anis cuma nak bagitau yang Anis tersilap dekat blog bertajuk ' Selamat Hari Deepavali dan Karya Pertama'. Anis baru
tersedar yang Siri Impiana tu and Yearbook Rasa Sentosa salah...Maaf
ya. Buku itu akan menjadi buku bersiri Tiara Elyana. Maaf ya...

Anyway, I also want to declare this blog as an English and Malay blog.

Sunday, November 16, 2008

Anyss Studygroup Friends

Hai... Anis nak buat kelab untuk pergunaan belajar bahagia dan aman
tenteram sebab sekarangkan musim cuti sekolah. Kalau korang nak
menyertai kumpulan belajar Anis ini, tinggalkan borang penyertaan di
bahagian tinggalkan komen dan borang itu harus berbentuk seperti:

Nama Penuh:
Emel:
Umur:
Blog:


Nama kumpulan belajar Anis ialah ' Anyss Studygroup Friends '. Ahli-ahli harus saling bantu membantu dan apabila mereka tidak memahami sesuatu, seorang yang mahir dalam subjek itu harus mengajar...

Datata.

Assalamualaikum dan selamat pagi...Nak cerita apa lagi ya???
Anis merasa teramat lemah dan boringggg. Jadi Anis takada nak cerita
apa-apa okey...? Datata.

Monday, November 10, 2008

Supergirl

Assalamualaikum semua. Anis nak bertanya. Siapa suka menjadi penyelamat ataupun supergirl. Anis pun nak jadi penyelamat.
Dibawah ialah apa yang Anis nak kalau Anis penyelamat:

Baca hati orang(memang lama Anis nak baca hati orang)
Terbang bagai bidadari cantik
Hilang bila dalam bahaya
Menjadi penyelamat setia gadis

Itulah yang Anis nak kalau Anis ni penyelamat. Da!!!

Tuesday, October 28, 2008

Adila...

Assalamualaikum...Pagi ini mungkin Anis terlalu awalkan? Anis dapat guna komputer ni sebelum mama Anis guna. Anis suka berkawan sampai Anis taknak tinggalkan skolah Anis. Tahun depan Anis nak pindah skolah SK Ampangan. Kawan Anis cakap 'Tak bestlaa kalu awk takde...'
Anis pun tak suka kerana terlepas pluang nak jdi pengawas...hehehe
(Anis ni terukkan)

Apa-apapun, memang idaman Anis nak jadi pengawas ataupun ketua kelas. Anis memang sayang Adila tapi kadang2 dia melampaui batas. Dia berkawan demi mendapat harta orang itu tapi Anis masih sayangkan dia...Kalau nak ceritakan tentang kawan baik, tinggalkan komen.

Perangai

Assalamualaikum...Terkejut tak?Anis sengaja tulis 2 kali sehari kerana Anis tak pernah dapat guna komputer dekat 4 jam. Anis nak kongsi cerita tentang perangai teruk budak kat sekolah Anis ni...

Macam mana nak bagitau, Anis pun taktau. Dia semacam aje dengan Anis sampai ada budak cakap kita dengan budak tu bercinta. Macam nak tampar saja perempuan tu tapi mengenangkan dia yang perangainya lagi teruk dari Anis. Dulu, dia nak panggil seorang lelaki. Punyalah sentimental, dia panggil laki tu Abang Nas. Nama lelaki tu Nasrullah As-Sidiq. Perangai laki tu, lagi teruk daripada budak laki yang dikatakan bercinta dengan aku... Nak diceritakan lagi, akhirnya hubungan perempuan tu dengan Nasrullah putus. Mereka tak pernah bercakap kerana perempuan tu sibuk melayan tugas pengawas percubaan dan penolong ketua kelas. Sebenarnya, Anis ni pengawas percubaan...
Apa-apapun, kelakar tak cerita ni? Menuduh orang, dia yang kena...

Cuti Sekolah

Kak Anis tu hanya gurauan. Kita 8 tahun aje. Anis harap awak semua akan bercuti dengan gembira. Anis nak ceritakan tentang kawan-kawan Anis macam:-

Hazrina
Jamilatul Husna
Khairunnisa
Kak Yaya(Kakak Angkatku)
Kak Nana(Kakak Angkatku)
Abida Adila
Putri Tsya
Misha Barra
Fatin Najwa
Farhan Najwa
Noor Lynda
Sayang Adawiyah
DAN RAMAI LAGI SAHABATKU

p/s: sedikit daripada list kawan-kawan Anis tu kawan Aku Mahu Chit Chat.

Friday, October 24, 2008

Selamat Hari Deepavali dan Karya Pertama

Assalamualaikum, maaf kerana dah lama tak masukkan blog. Blog kali ini untuk Kak Anis mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat semua individu India yang membaca blog Kak Anis. Kak Anis rasa, kita berkawan tak kira agama asalkan perangai baik. Kak Anis memang berharap, satu hari nanti Malaysia akan terkenal dengan sifat peramah warganya. Kak Anis mahu menulis buku bersiri Impiana tidak lama lagi. Setelah tamat menulis 10 Siri Impiana, Kak Anis akan membuat Buku Tahunan Rasa Sentosa. Dalam tahun 2009, Kak Anis akan mula membuat Siri Impiana. Kak Anis harap kalian semua sabar menunggu karya pertama Kak Anis.

Tuesday, October 21, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum. Ini ialah Tiara~4ever, blog Kak Anis yang kedua. Ini ialah episod pertama iaitu episod pengenalan. Blog pertama Kak Anis ialah My Rainbow Blogspot http://anisrainbowgirl.blogspot.com.

Kak Anis dilahirkan di Hospital Tuanku Jaafar. Tetapi, selepas itu Kak Anis tinggal di Sarawak, tempat kelahiran ayah Kak Anis. Selepas semua adik-adik Kak Anis dilahirkan, Kak Anis berpindah ke Negeri Sembilan balik. Sekarang, Kak Anis sedang memikirkan cara untuk berjaya dalam kehidupan Kak Anis.

Itu sajalah buat episod pertama ini. Tunggulah episod raya yang akan dikeluarkan secepat mungkin.